Apa Nak Buat Bila Dah Jadi Ahli Atomy?


Tahniah! Anda telah berjaya menjadi salah seorang ahli Atomy. 💪

Diharap kita semua jelas apa tujuan kita menyertai Atomy. 

💢 Adakah anda menyertai Atomy:- 

  1. Untuk menjadi Consumer biasa sahaja ? atau;
  2. Untuk menjana pendapatan (Distributor)?

Kami amat menggalakkan anda membuat kedua-dua pilihan di atas. Tiada paksaan samada dari kami atau pun dari Atomy untuk membuat pilihan sebagai Distributor.

💥 PENTING! 💥

Sekiranya anda ingin menjana pendapatan di Atomy, anda WAJIB LAKUKAN DUA (2) TINDAKAN YANG PERTAMA DI BAWAH. Kedua-duanya sekali. Tidak boleh pilih Satu dan tinggalkan yang Satu lagi.

1) Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli dan telah dapat ID dan password, Anda perlu isi borang Atomy Membership Change Application (MS-03-04) untuk tukar status dari Consumer kepada Distributor SERTA MERTA.  Percuma sahaja untuk buat pertukaran. 💥


2) Buat belian minima sebanyak 10,000PV.  Untuk melayakkan anda mendapat pendapatan daripada Atomy, perlu ada 10K PV terkumpul belian peribadi (seumur hidup). Nak beli sekali gus pun boleh. Nak beli sikit-sikit pun boleh. Nilai dalam RM80 - RM100 sahaja. 💥


Terlalu ramai ahli yang kecewa apabila Group PV (GPV) mereka telah mencukupi untuk mendapat pairing tetapi tidak mendapat apa-apa pendapatan sebab tidak menepati 2 syarat minima di atas.

Oleh itu kita harus elak dari kecewa disebabkan terlupa atau tidak tahu tentang syarat minima ini.

Kalau nak jadi Consumer saja boleh ke?

Ya boleh, tak de masalah. Tapi rugilah, peluang untuk anda menjana pendapatan pasif terbuka luas.

3) Pastikan setahun sekali anda ada membuat belian meski pun hanya satu produk sahaja. Berapa harga pun tak kisah. Beli penyental periuk berharga RM15 pun dah cukup. Maka keahlian anda akan kekal aktif untuk 12 bulan yang mendatang.

Contoh, jika kita dah beli dalam bukan Ogos 2020 ini, maka keahlian kita aktif hingga bulan Ogos 2021. Selepas itu bulan November 2020 kita buat belian baru, maka keahlian akan bersambung aktif 12 bulan dari tarikh belian terakhir itu, iaitu sehingga November 2021.


4) Join mana-mana group Whatsapp, Telegram atau FB Group Atomy 313 DTA untuk dapatkan sokongan dan bantuan.

5) Hadiri Zoom Business Preview setiap Rabu, 9.30 malam dan Kelas Online Teknikal setiap Jumaat jam 9.30 malam.

6) Apabila anda sudah mula guna produk, share kebaikan produk ini kepada orang lain. Pasti ada yang akan berminat nanti. Apabila mereka nak beli, daftarkan mereka sebagai ahli (daftar percuma) di bawah kumpulan kita dan ajarkan dia cara membeli di Atomy secara online.

Satu hari tanpa sedar, Atomy akan berikan bonus apabila berlaku pairing.

👉 Bagaimana Jana Pendapatan Di Atomy

Pairing pertama akan ambil sedikit masa. Tetapi apabila dapat pairing pertama, itu tanda rangkaian kita sedang berkembang subur. Pairing kedua, ketiga dan seterusnya akan datang dengan lebih cepat.

Mudah kan?

Jangan buat bisnes mudah jadi susah.
Jangan lepaskan peluang bisnes laut biru ini.
Jangan banyak beralasan sebab rezeki tidak hadir kepada orang yang banyak alasan.


Kenapa Pentingnya Tukar Status Distributor & Buat Pembelian Peribadi 10000PV