Berbelanja Barang Keperluan Harian Buatan Korea Yang Berkualiti Sambil Menjana Pendapatan Pasif (Passive Income)!

Apa Itu Atomy?



Atomy adalah platform membeli-belah di dalam talian yang memasarkan produk penjagaan kulit,produk kesihatan, produk penjagaan diri dan juga barang-barang keperluan rumah buatan korea yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. 

Anda juga berpeluang menjana pendapatan pasif dari Atomy!


Anda berpeluang untuk menjana pendapatan pasif antara RM80 - RM5,000 (Maksima) setiap hari.



Penyertaan adalah 100% PERCUMA

  • TIADA Yuran Pendaftaran 
  • TIADA Belian Wajib Bulanan. 
  • TIADA Kos Bayaran Penggunaan Website
  • TIDAK Perlu Beli Produk Untuk Menyertainya. 
  • TIDAK Perlu Beli Produk Setiap bulan
  • TIADA Paksaan Belian 
  • TIADA HAD MINIMA PEMBELIAN
  • TIDAK WAJIB JUAL PRODAK




 



APA ITU CONSUMER BASED INCOME?


Ia adalah Bisnes Model Era Digital dan Big Data yang perlu direbut. 

Consumer Based Income adalah satu konsep perniagaan dari Kilang terus kepada Konsumer. 

  • Tanpa Stokis
  • Tanpa Pemborong
  • Tanpa Peruncit/Retailer
  • Tanpa Agen
  • Tanpa Sales Person
  • Tanpa Iklan Berbayar
  • Tanpa Registration Fee
  • Tanpa Modal
  • Tanpa Sponsor

Model Bisnes ini cukup mudah, daripada kilang, terus setup Shopping Mall Online. 

Semua orang membeli di shopping mall ini pada SATU HARGA. Disebabkan tiada kos untuk semua pihak di atas itu maka syarikat pulangkan semula 70% keuntungan hasil jualannya kepada konsumer. 


Bagi membolehkan keuntungan dipulangkan maka perlulah ada detail konsumer. Konsumer perlu jadi ahli sebelum membeli. 


Jadi ahli pula:

  • Tanpa Registration Fee, PERCUMA sahaja
  • Tidak perlu maintain belian bulanan, beli apa yang nak beli. Malah tak nak beli pun tidak mengapa. Tetapi jika membeli, berpeluang berkongsi keuntungan. 
  • Rangkaian produk yang pelbagai dari personal care, home, pemakanan, suplemen, vitamin, skincare, make up dan banyak lagi.
  • Konsumer dilindungi dengan 30 hari Money Back Guarantee, 
  • Produk pula berkualiti tinggi lengkap dengan R&D bertaraf dunia.  

Setiap ahli pula:

  • Di larang menjual sama ada offline atau online
  • Di larang membuat sebarang iklan
  • Jika ada yang menjual produk dari kilang ini di platform online lain seperti Shopee dan Lazada, maka tindakan akan diambil dan keahlian akan dilucut.  
  • Sebab semua ahli mesti membeli hanya dengan Shopping Mall milik kilang agar hak pengguna seperti Money Back Guarantee, keadaan dan kualiti terjamin, serta dapat perkongsian keuntungan. 

Tetapi:

  • Digalakkan berkongsi kebaikan produk
  • Digalakkan bercerita tentang Shopping Mall Online ini dan sebagai menghargai konsumernya, 70% keuntungan diberikan dan diagihkan semul mengikut Sistem yang sangat mudah. 

Jadi tugas anda ialah hanya bercerita sahaja. Biarkan group konsumer berkembang bersama anda. Lagi besar group lagi ramai kelak yang berbelanja dan makin besarlah juga income terjana. 

Mudah bukan. 

Zero Cost. Zero Risk. Only Opportunity. 

Kilang pula tersenarai dalam Bursa Saham Korea, iaitu KOSDAQ sejak 2015.








Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Atomy?


Menjana pendapatan di Atomy adalah sangat santai tanpa sebarang tekanan dan paksaan. Ianya umpama anda membeli belah barangan keperluan di pasaraya atau mini market di luar sana. Anda tidak perlu membayar apa apa untuk memasuki pasaraya atau mini market dan anda bebas memilih untuk membeli apa saja barangan yang anda perlu. Bezanya di pasaraya atau mini market, pembelian anda tidak menyumbangkan pendapatan atau bonus kepada anda.

Atomy tidak ubah umpama pasaraya atau mini market itu, cumanya ia beroperasi secara online dimana anda boleh membeli apa saja barangan keperluan dari ratusan senarai yang ada di syarikat ini. Berbelanja di Atomy, anda berpeluang menjana pendapatan.

Cara Nak Mula?

1. Sertai keahlian Atomy. Ianya PERCUMA 100%.



2. Anda perlukan ID No Penaja iaitu No ID ahli sedia ada di syarikat ini untuk mendaftar.

​3. Setelah didaftarkan anda akan mendapat ID No Keahlian Atomy.

4. Anda kemudian boleh login ke akaun backoffice keahlian Atomy anda dan boleh mulai shopping barangan keperluan anda di Atomy.

👉 Atomy Online Mall

5. Cuma tukarkan perbelanjaan barangan keperluan anda selama ini di pasaraya atau mini market ke Atomy. Apa saja barangan perlu yang ada di Atomy, berbelanjalah di Atomy.

6. Produk Atomy tidak saja murah malah kualitinya terjamin dan jauh lebih baik dari produk yang anda beli di kedai kedai biasa. Malah banyak sekali produk Atomy yang dipatenkan.

7. Setiap produk yang anda beli di Atomy mempunyai nilai PV (Point Value) dan PV inilah yang akan menentukan kadar bonus anda nanti.

8. Selama ini banyak barang keperluan harian anda beli di luar sana, Anda cuma ubah perbelanjaan anda selama ini ke Atomy. Perbelanjaan anda tetap sama saja malah lebih menjimatkan, dan anda mendapat produk yang terjamin kualitinya selain anda berpotensi mendapat pendapatan yang tidak mungkin anda sangkakan selama ini. Mudah kan?

Ajak 2 Orang Join Atomy

1. Ajak 2 saudara, kawan atau jiran berbelanja di Atomy seperti anda. Keahlian Atomy 100% PERCUMA, ini mudah dilakukan.

2. Anda sponsor 2 kawan mengguna ID No Keahlian anda dan susun mereka di kiri dan kanan sebagaimana keperluan Pelan Pemasaran Binari Atomy.

3. Seperti anda, kawan atau jiran anda itu juga akan berbelanja barangan keperluan harian mereka di Atomy dan ini akan menyumbangkan Group Point Value (GPV) di kaki kiri dan kanan jaringan anda kerana setiap produk yang dibeli ada PV nya.

4. 2 kawan atau jiran anda itu juga masing masing akan mengajak saudara, kawan atau jiran mereka menyertai Atomy.

5. Proses ini akan berterusan dan ramai orang mahu sertai Atomy kerana ianya PERCUMA. Mereka akan suka berbelanja keperluan barangan mereka di Atomy kerana faktur harga dan kualiti selain mereka juga mahu dapatkan pendapatan sampingan.

6. Sampai satu peringkat anda akan mempunyai keahlian Atomy yang ramai di bawah anda di kiri dan kanan. GPV akan bertambah dari masa ke semasa dan anda akan mendapat pendapatan dan bonus yang juga bertambah dari masa ke semasa dan bonus ini akan dibayar mingguan terus ke akaun bank anda

Ingat! Konsep Bisnes Atomy bukan sebarang skim cepat kaya.

Ringkasan Apa Yang Ahli Perlu Buat


1. Ahli Atomy perlu mengisi borang Atomy Membership Change Application (MS-03-04) bagi pertukaran status daripada Consumer to Distributor. Percuma je untuk tukar status.

 2. Ahli Atomy perlu membuat pembelian untuk mendapatkan minimum 10000 PV

👉 Cadangan Belian Produk 1000PV

3. Ahli Atomy perlu mencari ahli baru untuk mengembangkan network di kaki kiri dan kaki kanan. Pendaftaran ahli baru perlu mengikut Strategi 313 yang telah terbukti berkesan. Daftar ahli adalah PERCUMA.



Saya Dah Jadi Ahli, Beli Produk Tapi Tak Dapat Bonus


Kalau anda berada dalam situasi ini, maka anda masih belum memahami cara sistem binary atomy berkerja.

Lihat, dengar dan pahamkan penerangan dalam video di bawah:





Peluang Bisnes Atomy Global


Pada masa kini rangkaian syarikat Atomy telah pun berkembang dengan pantas dan telah pun berada di Korea,  Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, Taiwan, Singapore, Cambodia, Philippines, Malaysia, Mexico, Thailand, Australia, Indonesia, Russia, Colombia, Hong Kong dan India.



Anda berpeluang daftarkan ahli baru dari negara yang atomy sudah pun mempunyai cawangan. 

Contoh. Anda mempunyai rakan-rakan di Indonesia atau Singapore yang berminat untuk menyertai Atomy. Apa yang perlu anda lakukan adalah daftarkan mereka di bawah rangkaian anda. Itu saja.

Bayangkan anda mempunyai kumpulan yang besar di beberapa buah negara. Belian produk Group PV akan di kira sebagai Group PV di bawah rangkaian anda.



Apa Nak Buat Bila Dah Jadi Ahli Atomy?


Tahniah! Anda telah berjaya menjadi salah seorang ahli Atomy. 💪

Diharap kita semua jelas apa tujuan kita menyertai Atomy. 

💢 Adakah anda menyertai Atomy:- 

  1. Untuk menjadi Consumer biasa sahaja ? atau;
  2. Untuk menjana pendapatan (Distributor)?

Kami amat menggalakkan anda membuat kedua-dua pilihan di atas. Tiada paksaan samada dari kami atau pun dari Atomy untuk membuat pilihan sebagai Distributor.

💥 PENTING! 💥

Sekiranya anda ingin menjana pendapatan di Atomy, anda WAJIB LAKUKAN DUA (2) TINDAKAN YANG PERTAMA DI BAWAH. Kedua-duanya sekali. Tidak boleh pilih Satu dan tinggalkan yang Satu lagi.

1) Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli dan telah dapat ID dan password, Anda perlu isi borang Atomy Membership Change Application (MS-03-04) untuk tukar status dari Consumer kepada Distributor SERTA MERTA.  Percuma sahaja untuk buat pertukaran. 💥


2) Buat belian minima sebanyak 10,000PV.  Untuk melayakkan anda mendapat pendapatan daripada Atomy, perlu ada 10K PV terkumpul belian peribadi (seumur hidup). Nak beli sekali gus pun boleh. Nak beli sikit-sikit pun boleh. Nilai dalam RM80 - RM100 sahaja. 💥


Terlalu ramai ahli yang kecewa apabila Group PV (GPV) mereka telah mencukupi untuk mendapat pairing tetapi tidak mendapat apa-apa pendapatan sebab tidak menepati 2 syarat minima di atas.

Oleh itu kita harus elak dari kecewa disebabkan terlupa atau tidak tahu tentang syarat minima ini.

Kalau nak jadi Consumer saja boleh ke?

Ya boleh, tak de masalah. Tapi rugilah, peluang untuk anda menjana pendapatan pasif terbuka luas.

3) Pastikan setahun sekali anda ada membuat belian meski pun hanya satu produk sahaja. Berapa harga pun tak kisah. Beli penyental periuk berharga RM15 pun dah cukup. Maka keahlian anda akan kekal aktif untuk 12 bulan yang mendatang.

Contoh, jika kita dah beli dalam bukan Ogos 2020 ini, maka keahlian kita aktif hingga bulan Ogos 2021. Selepas itu bulan November 2020 kita buat belian baru, maka keahlian akan bersambung aktif 12 bulan dari tarikh belian terakhir itu, iaitu sehingga November 2021.


4) Join mana-mana group Whatsapp, Telegram atau FB Group Atomy 313 DTA untuk dapatkan sokongan dan bantuan.

5) Hadiri Zoom Business Preview setiap Rabu, 9.30 malam dan Kelas Online Teknikal setiap Jumaat jam 9.30 malam.

6) Apabila anda sudah mula guna produk, share kebaikan produk ini kepada orang lain. Pasti ada yang akan berminat nanti. Apabila mereka nak beli, daftarkan mereka sebagai ahli (daftar percuma) di bawah kumpulan kita dan ajarkan dia cara membeli di Atomy secara online.

Satu hari tanpa sedar, Atomy akan berikan bonus apabila berlaku pairing.

👉 Bagaimana Jana Pendapatan Di Atomy

Pairing pertama akan ambil sedikit masa. Tetapi apabila dapat pairing pertama, itu tanda rangkaian kita sedang berkembang subur. Pairing kedua, ketiga dan seterusnya akan datang dengan lebih cepat.

Mudah kan?

Jangan buat bisnes mudah jadi susah.
Jangan lepaskan peluang bisnes laut biru ini.
Jangan banyak beralasan sebab rezeki tidak hadir kepada orang yang banyak alasan.


Kenapa Pentingnya Tukar Status Distributor & Buat Pembelian Peribadi 10000PV







Strategi 313 Atomy


Ahli Atomy perlu mencari ahli baru untuk mengembangkan network di kaki kiri dan kaki kanan. Pendaftaran ahli baru amat di galakkan mengikut Strategi 313 yang telah terbukti berjaya.


Kenapa Perlu Susun Ahli Baru Ikut Strategi 313?






Belian Peribadi Produk Atomy 10000PV

Apabila anda telah pun menjadi ahli (Daftar Percuma) dan ingin menjana pendapatan di Atom, salah satu syarat yang wajib bagi ahli adalah membuat belian produk Atomy dengan nilai terkumpul Point Value (PV) adalah sebanyak 10,000PV (seumur hidup).

Setiap produk Atomy mempunyai nilai PV yang berbeza.

Anda tidak semestinya membuat belian sekali gus. Anda boleh membuat belian sedikit demi sedikit sehingga terkumpulnya sebanyak 10,000PV.

Adakah 10,000 PV itu sangat besar?

Tidak sebenarnya, anggaran dalam RM80 - RM100 sahaja sudah membolehkan anda mencukupkan 10,000PV.

Bagi ahli yang ingin membuat belian sekali gus, ada beberapa cadangan kombinasi pilihan produk-produk yang anda boleh beli.






Anda tidak semestinya membeli produk mengikut pilihan yang dicadangkan. Anda bebas untuk membeli apa-apa sahaja produk-produk yang ada di Atomy Online Mall asalkan mencukupi 10000PV.

👉 Atomy Online Mall


Admin, mula-mula beli produk Vitamin C dan Cafe Arabica Black.  Memang Best!





Vitamin C - RM80 - 7,800 PV
Cafe Arabica Black - RM38 - 3,600 PV

Jumlah RM138 - 11,400 PV


Selamat Membeli Belah !